|
SYARAT KEMASUKAN
Syarat Am Universiti
Setiap calon yang memohon untuk mengikuti program bacelor
di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan mestilah memenuhi syarat am universiti, keperluan khas program dan syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
Kelayakan Minimum Calon STPMi) Lulus SPM/setaraf dengan baik;
ii) Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia
di peringkat SPM/setaraf;
iii) Lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya:
- Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am/Kertas Am; dan
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; dan
iv) Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).
Syarat Minimum Calon Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM)/Asasi Sains UM/ Tahun Asas UTM
i) Lulus SPM/setaraf dengan baik;
ii) Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia
di peringkat SPM/setaraf
iii) Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM
dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
iv) Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).
Syarat Minimum Calon Kelayakan Setaraf
i) Lulus SPM/setaraf dengan baik;
ii) Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di
peringkat SPM/setaraf;
iii) Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan
iv) Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).
|
0 comments:
Post a Comment