Punca kesusahan hati adalah percanggahan kehendak kita dengan kehendak Allah. Kita menghendaki sesuatu, tetapi Allah menghendaki sesuatu yang lain. Setiap yang berlaku tentulah dengan kehendak Allah, bukannya perkara yang kita kehendaki.
Ketahuilah, Allah Maha Berkuasa, manakala kita hanya hamba yang lemah
dan hina. Kehendak Allah tidak dapat ditahan mahupun diubah. Namun, apa yajng boleh diubah ialah kehendak kita agar ia selaras dengan kehendak Allah. Percayalah, setiap perkara yang Allah tentukan lebih baik bagi kita daripada perkara yang kita inginkan kerana Allah lebih mengetahui maslahat buat kita lebih daripada kita sendiri
*Senyum*
✌😊
0 comments:
Post a Comment